Sunday, February 26, 2012

kata ganti diri

Assalamualaikum..

Pada awal-awal saya buat blog ini antara perkara yang saya fikirkan adalah pengunaan kata ganti diri yang perlu saya gunakan di blog ini. Apa yang perlu saya gunakan? Macam-macam kata ganti diri yang boleh di gunakan di dalam blog ini sebagai contoh gua,I,ana,aku dan akhir sekali adalah saya.

PEMILIHAN

Saya fikir kalau saya guna ‘gua’ dalam menulis entri di blog ini bayangkan saya gunakan kata ganti gua.

“arini gua nak bercerita pasal diri gua masa kecil,banyak kenangan gua masa kecik-kecik dulu”

Hahaha..amacam? Nampak ganas la pula kalau saya guna kan kata ganti diri “gua” jadi saya berpindah kepada yang seterusnya

Saya fikir pula kalau saya gunakan I dan you, sebenarnya belum sempat saya fikir lagi saya sudah tolak pengunaan kata ganti diri ini dari di gunakan untuk menulis dalam entri saya, walaupun kata ganti diri I dan you telah pun di ‘melayukan’ oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tapi bagi saya pengunaan I dan you ini menunjukkan yang kita sangat men ngada-ngada.

Maaf kalau ada yang terasa tapi ini dari pendapat saya sendiri dari kita guna I dan you lebih baik kita cakap bahasa inggeris saya pun tak rasa meluat dan dia pun boleh memperbaiki bahasa inggeris dia.

Seterusnya adalah ana(bahasa arab) saya sangat ‘familiar’ dengan perkataan ini sebab saya bersekolah agama dan juga dalam kalangan keluarga yang beragama jadi pengunaan kata ana ini sudah biasa di dengar dan di tuturkan oleh mereka yang belajar bahasa arab tetapi sebaliknya pula bagi saya.

Tipulah saya tidak pernah menggunakan kata ganti diri ini ketika berbual dengan kawan-kawan, tapi bila lama-kelamaan saya tak boleh nak terima pengunaan kata ganti diri ini. Saya tak nafikan yang bahasa arab ini adalah bahasa syurga tapi saya agak janggal bila nak gunakkannya jadi saya beralih kepada kata ganti seterusnya.

PENGGUNAAN

Saya membuat penilaian yang terakhir antara nak gunakan ‘aku’ ataupun ‘saya’ . saya bukanlah seorang yang lemah lembut dan baik jadi dalam perbualan seharian, saya lebih selesa untuk mengunakan kata ganti diri ‘aku’ berbanding ‘saya’, kerana dengan pengunaan 'aku' ini bagi saya kita akan jadi lebih mesra.

Oleh sebab saya hormatkan orang yang akan baca entri saya, saya akhirnya memilih untuk gunakan ‘saya’ sebagai kata ganti diri yang di gunakan di blog ini dan saya rasa pengunaan kata ganti diri ‘saya’ ini lebih sesuai untuk saya dengan orang luar. Selain itu, saya juga bangga nak gunakan bahasa melayu kerana ianya adalah bahasa kebangsaan Negara kita. Tak kisahlah orang hendak cakap apa saya memang bangga dengan bahasa yang saya gunakan sebab bahasa menunjukkan bangsa.


p/s : cakap bahasa melayu pun tergagap-gagap nak cakap bahasa omputih.(sepah rajalawak 3)



sekian..= )

2 comments:

  1. gunakan ganti nama hamba dan tuan hamba..:p ala2 pendekar gitu..cewahh. panglima zakey!

    ReplyDelete
  2. hahaha..x biasa la..janggal pula.

    ReplyDelete