Tuesday, March 27, 2012

4 tempat pelik dalam Al-Quran

Assalamualaikum..

Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.

Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!

Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?

Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)

**********

1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

****

2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

***

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

*****

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=-o2RiplJlvc&feature=related
(minit ke 0:47)

*****

Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat. Wallahua'lam.

sekian..=)

Nak tahu Quran resam Uthmani kita ni tulisan tangan atau komputer? Klik SINI

di 'copy' dari effy

Sunday, March 25, 2012

Ar-Raudah As-Sakinah

Assalamualaikum..

Semester ini adalah semester kedua saya berpindah dari rumah sewa ke sebuah apartmen baru milik yayasan Melaka yang sangat dekat dengan bangunan belajar saya, kira-kira perjalanan saya nak ke bangunan belajar sekitar 200 meter dan hanya mengambil masa tak sampai 5minit untuk sampai ke bangunan belajar.

Bangunan ini sangat baru dan belum sampai setahun pun lagi sejak ia mula-mula di buka untuk penempatan pelajar dan bangunan kami ini lebih terkenal dengan singkatan nama AYAM(Apartmen Yayasan Melaka), oleh kerana ianya baru dibuka jadi surau kami di sini pun masih lagi dalam keadaan serba kekurangan tapi Alhamdulillah perkara asas seperti PA system,sejadah,telekung, dan al-quran/yasin ada disediakan di surau kami ini.

Tapi,bila di fikir-fikrkan balik masih ada yang kurang di surau kami ini,ha..agaknya apa ya?hehehe..


Nama..surau kami ini masih tiada nama lagi. Penting ke nama surau ini diberi, jawapannya mudah sahaja,sedangkan bayi yang baru lahir pun Nabi Muhammad Sollahhu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan supaya di berikan nama-nama yang baik sebaik sahaja di lahirkan inikan pula rumah Allah yang penuh berkah ini.

Jadi, setelah berbincang dengan rakan-rakan dan bertanya dengan orang yang alim surau kami ini di beri nama Ar-Raudah As-Sakinah,sama macam nama kota madinah dalam bahasa arab Al-Madinah Al-Munawwarah dan maksud Ar-Raudah As-Sakinah ialah taman yang tenang. Bila di sebut ianya akan Jadi Ar-Raudhatus Sakinah/Raudhatus Sakinah

Sebenarnya, nama Ar-Raudah ini di ambil besempena dengan nama satu kawasan di Masjid Nabawi yang bernama Ar-Raudah tempat ini adalah salah satu tempat yang mustajab bila kita berdoa,Ar-Raudhah juga adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.

“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”

Manakala As-Sakinah pula di ambil kerana di ambil dari satu hadith dari buku yang selau di baca di surau kami iaitu fadilat amal mengenai fadhilat solat di mana hadith ini menerangkan

“dari abu hurairah r.hu Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam bersabda tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah(masjid), membaca al-quran, dan membaca seseorang kepada seseorang yang lain melainkan Allah akan menurunkan ‘sakinah’ ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.” (hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sakinah di sini mempunyai banyak maksud dan imam nawawi berpendapat bahawa ‘sakinah’ merupakan satu perkara yang terhimpun daripada ketenangan,rahmat dan sebagainya dan ianya turun bersama-sama malaikat.

Akhir sekali, di harap nama Ar-raudah dan As-sakinah ini memberi berkat kepada kami yang datang ke surau untuk menunaikan solat berjemaah. Moga,suasana di Ar-raudah pada zaman nabi iaitu Dakwah,Belajar dan Mengajar, Ibadah dan Khidmat dapat kami hidupkan di surau kami ini. Seterusnya bagi mereka yang datang ke surau ini walaupun dengan penuh susah payah dan banyak masalah dengan berkat ‘sakinah’ yang Allah turunkan di Surau ini dapat meyelesaikan masalah-masalah mereka. Amiin..


Sekian..= )

Thursday, March 22, 2012

teguran

Assalamualaikum..

Setiap manusia di dunia ini ada kelebihan dan tak kurang jugabahawa di sebalik kelebihan itu terdapat juga kelemahan-kelamahan yang sudah semestinya kita kadang-kadang segan dan malu untuk orang tahu. Saya sendiri juga sama seperti itu,saya juga ada beberapa kelemahan yang ada pada diri saya yang kadang-kadang saya tak mahu orang tahu dan kalau boleh biarlah diri saya sahaja yang tahu.

Tapi, pernahkah kita terfikir, sampai bila kita nak biarkan semua ini terus macam ini? Sebagai contoh kita tahu kita ada kelemahan tapi kita biarkan sahaja kelemahan itu terus berada dalam diri kita bak kata orang “biarlah takdir yang tentukan segalanya”. Adakah anda suka diri anda seperti itu? Dan Sampai bila kita sanggup menunggu takdir itu datang dan mengubah kehidupan kita. Hurm..

Bagi saya, saya sangat-sangat perlukan orang lain untuk bantu saya perbaiki diri saya kerana saya sedar kalau saya terus biarkan diri saya dengan cara saya sudah tentu saya akan terus berada di takuk yang sama malah terus hanyut dengan dunia saya sendiri Jadi, saya hanya mengharapkan orang-orang sekeliling saya yang kenal dan rapat dengan saya untuk perbaiki dan menegur dir saya apa-apa yang kurang dan tak sesuai dengan diri saya.

Memang tidak di nafikan sebagai seorang lelaki ke egoan akan terasa tercabar bila diri di tegur. Tapi, cuba kita bayangkan sebab apa kita ditegur? Bukan kah orang yang menegur kita itu sayangkan kita dan tak terfikir ke yang buat apalah orang-orang tersebut terhegeh-hegeh nak bahagikan masa dia untuk kita semata-mata untuk menegur diri kita. Adakah sebab dia cemburu atau iri hati dengan kita? Kalau anda berasa jawapannya adalah ‘ya’, saya boleh katakan orang seperti ini tidak pandai menghargai dan terlalu pentingkan diri tanpa memikirkan sedikit kehadapan.

Oleh itu, teguran dan ingatan untuk diri sendiri biarlahlah telinga itu mendidih,biarlah hati itu terguris, dan biarlah perasaan itu terganggu yang penting ambillah apa yang di nasihati,terimahlah kekhilafan diri dan berlapang dadalah.semua ini adalah salah satu proses untuk kita matang dan sumber kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang yang tiada siapa yang tahu melainkan Allah Rabbul Jalil.



Sekian..= )

Monday, March 19, 2012

sakit

Assalamualaikum..

Sekarang ini agaknya memang musim orang sakit dan bermasalah agaknya kerana saya sendiri sedang menghidap penyakit batuk kering yang saya rasa sudah hampir seminggu lebih sakitnya.Saya pergi ke klinik untuk mengambil ubat dan doctor telah menasihatkan saya untuk berpantang antaranya ialah

1. 1-Kurangkan minuman berais

2. 2-Kurangkan minuman-minuman manis

3. 3-Kurangkan makanan berminyak

Mendengar nasihat doktor ini membuat agak keberatan kerana ketiga-tiga pantang ini adalah benda yang saya suka dan amat janggal kalau saya tak makan dan minum benda-benda manis,berminyak dan berais. Dalam banyak-banyak pantang ini saya,yang menimbulkan kemushkilan buat saya ialah saya perlu kurangkan makanan berminyak,dan doktor terangkan kepada saya bahawa makanan berminyak ini sebenarnya akan membuatkan cecair dalam tekak kita bertambah likat dan susah untuk kita bercakap sebab akan ada kahak nanti(ye kot,tak pasti).

Saya dapat tiga ubat,


Yang kotak oren saya kene minum tiga kali sehari untuk kurangkan batuk. Botol merah pula saya kena kumur-kumur untuk apa saya kurang pasti tapi kita kene kumur macam kita kumur lesterine. Ubat yang dalam plastic pula saya kena hisap untuk kurangkan sakit tekak dan inilah ubat yang saya tak suka sebab tak sedap.

Saya rasa saya masih belum terlambat untuk menguncapkan takziah kepada keluarga seorang majlis perwakilan pelajar kami yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Beliau ialah saudara nuramin bin mohamad nor meninggal dunia pada 15/3/2012 pada pukul 11 lebih di hospital besar Melaka akibat paru-paru berair dan di jangkiti kuman.

Pemergian beliau sangat-sangat mengejutkan orang dan saya juga tidak terkecuali bilamana sehari sebelum hari kematian beliau, saya telah membuat bacaan yaasin untuk beliau di surau bersama rakan-rakan pelajar yang lain.tetapi ALLAH Maha Kuasa yang boleh menghidupkan dan mematikan sesiapa telah mengambil beliau dan saya membuat bacaan yaasin dan tahlil untuk beliau pada keesokan hari.

Alhamdulillah saya sempat turut serta dalam menyolatkan jenazah di kolej kediaman tun mamat sebelum jenazah di bawa pulang ke kampong halaman di kedah dan ramai orang yang hadir sama untuk sama-sama menyolatkan jenazah di samping memberi penghormatan terakhir buat beliau yang telah banyak berjasa kepada kami.

p/s : Entah macam mana pulalah keadaan saya nanti apabila meninggal dunia ya.hurm..

Sekian..= )

Thursday, March 15, 2012

wasiat oh wasiat.

assalamualaikum..

alhamdulillah..saya akan sambung kembali cerita yang tergantung dari entri yang lepas.


tiba-tiba datang seorang pegembara tua yang kebetulan lalu dikawasan tanah lapang itu untuk mengetahui mengapa ramai itu berkumpul di situ.

pengembara tua : kenapa kumpul ramai-ramai ni nak?

fulan : ada seorang kaya di tempat kami telah meninggal dunia baru-baru ini. dia telah meninggalkan wasiat kepada tiga orang anaknya iaitu
anak sulong di wasiatkan dengan mendapat 1/2 dari 19 ekor unta,anak kedua mendapat bahagian 1/4 dan anak bongsu dapat bahagian sebanyak 1/5.

mendengar jawapan dari fulan itu orang tua terus ketawa, fulan itu pelik dan bertanya kepada pengembara tua itu sebab dia ketawa bila mendengar jawapan yang di berikan



pengembara tua : senang je nak selesaikan masalah anak orang kaya ni. Pak cik bole tolong kamu selesaikan masalah ini.

Lalu datang tiga beradik ini kepada pengembara tua ini dalam keadaan pelik kerana mereka sendiri masih buntu hendak meyelsaikan wasiat terakhir bapa mereka

Tiga beradik : betul ke pak cik boleh selesaikan masalah kami ni?

Pengembara tua : betul la, senang je nak selesaikan masalah kamu ni. Jadi boleh tak kamu izinkan pak cik selsaikan masalah kamu ni?

Tiga beradik ini berpandang sesame sendiri sebelum membuat keputusan, kerana perwatakan pak cik yang tidak terurus mengurangkan keyakinan mereka. Selepas berbincang mereka pun bersetuju untuk membiarkan pengembara tua itu meyelsaikan wasiat bapa mereka.

Pengembara tua : baiklah,pak cik ada seekor unta bersama pakcik dan pak cik akan bagi pinjam unta ini kepada kumpulan unta kamu.

Maka dari 19 ekor untuk telah menjadi 20 ekor dan sesi kira-mengira pun bermula.


Bermula dengan abang long, dia mendapat bahgian sebanyak 1/2 . jadi 1/2 dari 20 ekor ialah 10 ekor. Selesai masalah abang long dan abang long pun mengambil 10 ekor yang di beri oleh pengembara tua itu dan berlalu pergi dengan gemmbira kerana dia dapat bahagiannya tanpa perlu menyembelih unta tersebut.

Seterusnya ialah abang ngah, dian mendapat bahagian sebanyak 1/4, 20 ekor unta jika di bahagikan dengan empat maka jawapannya ialah 5. Maka abang ngah juga dapat bahagian untanya tanpa perlu menyembelih unta tersebut.

Akhir sekali,giliran busu pula yang mendapat bahagian sebanyak 1/5 dan 1/5 dari 20 ekor unta ialah 4 ekor unta, busu juga mendapat bahagian nya tanpa perlu menyembelih unta. Jadi selesailah sesi pembahagian unta tersebut. Jadi mari kita kira sama-sama berapakah unta yang telah di bahagikan oleh pengembara tua itu.

Abang long 1/2 x 20 = 10

Abang ngah 1/4 x 20 = 5

Busu 1/5 x 20 =4

Jumlah keseluruhan =19

Maka bila di jumlah semua kita dapati terlebih satu ekor unta milik pengembara tua itu dan pengembara tua itu pun mengambil semula unta yang telah di beri pinjam kepada tiga beradik itu dan terus memulakan perjalannya.


Kesimpulan

Begitulah juga dalam kehidupan seharian kita, kita semua di beri ujian oleh Allah dengan berbagai-bagai dugaan dan masalah. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza dan tidak sama. Si A mungkin mempunyai masalah kewangan, Si B pula mempunyai malash pelajaran manakala Si C pula mempunyai masalah keluarga.

Bagaimana kita nak selesaikan masalah-masalah kita yang menyerabutkan kepala kita ni? Caranya cukup mudah kita masukkan AGAMA dalam kehidupan harian kita insya Allah bila kita memasukkan AGAMA ini dalam kehidupan kita, maka secara otomatik masalah kita akan Alaah selesaikan sebagaimana pengembara tua itu selesaikan masalah tiga-beradik itu.

Hari ini kenapa kita sentiasa ketinggalan kerana kita telah tinggalkan segala yang di perintahkan oleh Allah dan kita dengan rasa bangga telah melakukan apa yang telah Allah larang.

Jadi, belum terlambat lagi kita nak cuba ambil dan masukkan AGAMA dalam kehidupan seharian kita. Kita boleh bermula sedikit demi sedikit seperti mula jaga solat kita supaya jangan ada yang tertinggal,selitkan doa-doa harian dalam setiap perbuatan yang kita lakukan seperti makan,minum,tidur dan sebagainya. Dan akhir sekali kita mohon dan harap kepada Allah supaya Dia memberikan kita kekuatan untuk berubah.

Sekian..= )