Assalamualaikum..
Hari ini seronok sangat, di masjid saya ada
majlis ibadah Qurban semua sekali 20 ekor iaitu 12 ekor lembu dan 8 ekor
kambing. Tahun ini juga ramai ahli keluarga saya yang buat ibadah Qurban selain
dari saya, nenek,abah,mak,ngah,kak ju,zuhdi dan andak(Aqiqah) juga turut sama
melakukan ibadah Qurban.
Alhamdulillah..semua berjalan lancar Cuma adalah
sedikit yang menerima kecederaan tetapi majlis dapat juga dijalankan sehingga
sesi pembahagian daging kepada penduduk taman.
Saya rasa entri kali ini panjang,siapa yang
sudi sila la ‘scroll’ lagi ke bawah..
Lembu saya giliran yang ke empat dan dalam banyak lembu yang hendak di Qurban lembu sayalah yang paling
hitam, jadi saya panggil dia pak itam.
|
steady je muka |
sementara menunggu giliran...
tenangkan pak itam, supaya tak buat hal masa sembelih nanti..
okay,lepas pak itam giliran lembu andak pula..
lembu andak paling muda,tanduk pun baru nak tumbuh.
|
terbaring dah |
|
|
lepas itu berhenti rehat sekejap,penat..nak tumbangkan lembu sudah satu hal,tenangkan lagi barulah boleh sembelihkan lembu.
|
penat ok! |
lepas 15-20 minit kami sambung lagi sesi menyembelih lembu,lembu mak,abah dan kak ju giliran yang ke tujuh.
mak dan abah takut darah jadi sebelum lembu ini di sembelih mak dan abah ambil la kesempatan bergambar nanti bila sudah di sembelih tak boleh nak tengok dah. lembu ini paling jinak tak payah nak tumbangkan ke apa dia sendiri serah diri baring kat atas tanah. orang pun tak perlu susah payah nak uruskan.
ini pula gambar sekitar majlis Qurban dan Aqiqah
|
andak n radzwa |
|
barisan kepala lembu |
|
yang putih lembu mak,abah dan kak ju |
|
kepala kambing yang ada |
|
belakang tabir |
|
sesi lapah,potong dan bungkus |
|
daging yang siap di potong |
|
habis sembelih gagak pun datang |
|
tanah selepas sembelih |
|
juadah yang di sediakan untuk makan tengah hari |
|
jumlah bungkusan lembu |
|
jom balik bawak bahagian lembu qurban untuk rumah (berat tu) |
malam pula kami buat majlis makan-makan sikit,baca doa kesyukuran sempena anak kedua andak Rauhah binti Ahmad Zainan.
|
Menu : Nasi matlubah(nasi arab) + sup ekor |
itu sahaja..walaupun saya tak dapat nak sembelih lembu yang saya Qurban tapi saya berpuas hati juga sebab saya dapat beberapa ilmu yang berguna bila nak sembelih binatang Qurban. insya Allah kalau ada kesempatan saya kongsi dengan semua.
|
insya Allah, kalau ada rezki saya nak Qurbankan kambing pula. |
p/s : gambar kambing ngah dan zuhdi tak ada sebab diorang punya Qurban 'special case' buat di Amerika.
sekian..= )