Assalamualaikum
Hari ini saya diminta oleh mak untuk membasuh satu-satunya van yang kami ada. Maklumlah van ini kami buat sebagai pengangkutan untuk kami ke kebun jadi bila sudah lama-lama ianya jadi terlalu kotor dan perlu di basuh. Masa membasuh van teringat saya bahawa van ini dulu bukan sahaja pengangkutan kami pergi ke kebun sahaja malah ianya adalah pengangkutan kami untuk kemana sahaja!.
Van ini bukanlah canggih sangat pun seperti van yang ada pada zaman sekarang ini, van kami ini jenis Nissan vanette c20 yang mana gearnya terletak di bahagian stereng gear semacam ini juga di panggil sebagai gear tengkuk dan inilah yang saya rasa uniknya van ini.
Banyak jasa van ini kepada kami sekeluarga,malah terlalu banyak momen yang tak dapat kami lupakan bila bersama dengan van ini. Saya tak sanggup nak tulis pasal van ini sebenarnya sebab terasa syahdu bila mengingat memori lama.huhu..= (
Van inilah abah gunakan hantar kami adik beradik ke sekolah sebelum abah ke sekolah yang abah mengajar di Bandar johor bahru. Di sekolah abahlah satu-satunya guru yang pakai van untuk pergi bekerja walaupun pada ketika itu abah ialah seorang pengetua di sekolah,abah tetap pakai van maklumlah anaknya ramai dan van adalah kenderaaan yang sesuai untuk kami.
Van ini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami, dalam sedar tak sedar sudah 24 tahun van ini berkhidmat kepada kami dan kalau nak di ikutkan van ini adalah abang saya.= )
ini contoh van yang belum di ubah suai, nampak lama bukan?
ini adalah wajah terbaru van kami..warna biru, jadi abanglah kan?
ini adalah tempat pemandu,bahagian kiri pemegang yg kedua sebelah bawah itulah gear untuk van ini. unik!
sekian..= )