Assalamualaikum..
(entri ini patut di post semalam sebelum entri
sangka baik,tetapi terdapat sedikit masalah teknikal hari ini baru boleh post)
Sampai sahaja
saya dirumah malam tadi selepas balik dari masjid zuhdi terus menegur
saya,”huh, tak sempat duduk rehat dia sudah kacau”monolog saya dalam hati.”Ancik(nama
panggilan dalam keluarga) jom kita gi kedai burger bakar kat JB ada promosi
jual buerger RM 1 harga asal RM8.50”
Mak ai, murah
benar burger RM 1 macam beli burger masa sekolah rendah sahaja.”malaslah,esok
kerjalah”sambut saya “alar,jomlah” zuhdi memujuk tiba-tiba long mencelah “murahnya pergilah
beli” long menunjukkan tanda-tanda yang dia nak ‘memayung’ kami.
Saya terus masuk
ke bilik membiarkan zuhdi dan long meneruskan perbualan,belum sempat badan merebahkan diri di tilam teringat pula
kata-kata uda “kau ni duduk rumah je cuba jalan sikit” terus berubah fikiran
asalnya tadi rancang hendak baca buku yang telah saya beli ketika expo buku
islam 5 di Kotaraya terus saya batalkan.
Lepas menukar
pakaian saya terus keluar “zuhdi,jomlah kita pergi!” zuhdi buat muka pelik,
mungkin dalam hatinya berkata”aik,tadi kata taknak pergi ni nak pergi pula”.
Dengan mengunakan kereta Proton Savvy berwarna biru buatan Malaysia
kami terus menuju ke destinasi kami pada malam itu Kedai Burger Bakar Abang
Burn. Ops..singgah sekejap ke rumah hakim kawan zuhdi sejak sekolah rendah untuk
sama-sama menyemarakkan semangat.Vroom..vroom..
Akhirnya..
..
..
..
..
...
kami sesat…(T.T)
Google Navigator
yang kami guna tak berapa nak boleh pakai sangat melilau kami di Bandar JB itu
sampailah hampir-hampir nak masuk laluan ke Singapura!. kami mengambil
alternatif lain dengan ber”mesra” dengan abang polis untuk bertanya arah tuju yang betul untuk ke
kedai.
Alhamdulillah,berkat
sabar dan gigih kami dapat juga kami cari jalan yang betul. Kali ini cabaran lain
pula datang waktu kami sampai orang telah beratur panjang sampai penuh
jejantas. Zuhdi dan hakim ditugaskan untuk beratur saya pula jaga kereta sebab
‘parking’ di tempat yang kurang sesuai mana tahu ada polis ke datang boleh
terus alih.
|
muka budak semangat |
Setengah jam
menunggu dari hujung jejantas seberang jalan sampailah juga ke beberapa meter
dari kaunter. Zuhdi datang kepada saya “ancik diorang bagi seorang beli satu
sahajalah” alamak takkan dapat satu sahaja sambil keluar untuk turut sama
beratur.”maaflah dik,memang seorang boleh beli satu sahaja kalau nak beli lagi
adik kena beratur lagi”jawab akak kaunter kedai tersebut setelah kami
menyuarakan keinginan kami.
Jelas nampak
kekecewaan di wajah zuhdi dan hakim,iyalah si Hakim sebelum keluar rumah cakap
dengan mak dia yang dia nak pergi beli burger bakar ini dan zuhdi pula dapat
duit dari long surh beli burger untuk orang yang ada dirumah. Saya pula esoknya
kerja.
Tetapi bila
fikir balik takkan nak balik bawa satu burger sahaja kan?tak
berbaloi sungguh! Lalu berbekalkan semangat orang muda dan Malaysia
Boleh!(erk..tiba-tiba) saya menyuruh zuhdi dan hakim beratur lagi.ha,kali ini
mereka bukan beratur dua kali malah tiga kali mereka beratur sebab orang makin
kurang kalau beratur balik pun tak ambil masa yang lama macam yang pertama kali
beratur.
|
bukti kami beli |
Sudah dapat apa
yang kami hajati,kami terus pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.
Hantar hakim ke rumah dahulu baru kami balik ke rumah kami semula.
Buka sahaja
pintu Long masih belum tidur barangkali masih menunggu kami bawa balik burger.
Lantas kami bertiga pun makan bersama. Bila buka bungkusan burger dan nak makan
baru tahu tebal juga burger ini punya daging, lagi tebal dari burger biasa.
Long kongsi
dengan zuhdi,saya cuba
menghabiskan satu bungkusan tetapi tak larat terus bagi pada zuhdi. Sedang
asyik kami makan Alang pula balik dari stadium bola perlawanaan antara Johor
Darul Takzim melawan Woodlands Wellington FC. kumpulan dari singapura. Ini perlawanan empat penjuru yang di
anjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Harga tiket masuk hanya RM5 dan dapat tempat duduk
’Grand Stand’ kalau harga biasa mungkin RM30-50. Keputusan Penuh : Johor Darul
Takzim 5 v Woodlands Wellington FC 1. wah, banyaknya gol..mesti gamat stadium
bola itu dengan sorakan kegembiraan penyokong. Malam itu hampir 11 ribu tiket
terjual.
Beruntung betul kami malam semalam. Saya, zuhdi
dan hakim dapat beli 9 burger bakar yang berharga RM1 dan Alang pula dapat
menonton perlawanan bola dengan harga tiket hanya RM5 serta dapat pula tengok
kemenangan pasukan Johor Darul Takzim.(^__^)
Lebih BAIK dari semalam
Pada akhir perbualan kami terkeluar satu kata-kata
dari zuhdi ”kan bagus kalau semua orang yang ada tu bole ada semangat nak
penuhkan masjid solat jemaah”gulp..
Mood insaf bermula..
Sebelum tidur teringat satu kisah yang saya pernah
terbaca di satu buah buku.(maaf saya tak beberapa ingat kalau ada masa nnt saya
rujuk semula)
Selepas
selesai peperangan yang dimenangi oleh pihak islam. Sahabat-sahabat yang
menyertai peperangan mula berjual beli sesama mereka dengan hasil rampasan
perang yang diperoleh mereka.
Bebeapa ketika datang seorang sahabat
mengkhabarkan kegembiraan beliau katanya“ wahai Rasulullah diantara para
sahabat sayalah orang yang paling untung,setelah berjual beli barang yang saya
peroleh saya mendapat keuntungan beberapa kali lipat.
Rasulullah tidak marah atau memperlekehkan
sahabat itu tetapi turut bergembira "wah kamu dapat keuntungan yang besar,mahukah
kami aku khabarkan keuntungan yang lebih besar dari apa yang kamu dapat pada
hari ini?“khabarkan ya Rasulullah“ sahut sahabat itu. Lalu Rasulullah pun
menceritakan kelebihan solat dua(2) rakaat.
Ada banyak lagi kisah yang boleh jumpa yang mana
Rasulullah tidak melarang sahabat-sahabatnya untuk mencari hasil dunia ini akan
tetapi kita semua perlu sedar dan ingat bahawa segala keuntungan yang tiada
kaitan dengan agama untungnya hanya di dunia sahaja. Maka solat, sedeqah dan amalan kebaikkan yang
lain seperti alihkan halangan di jalan pun jika kita niatkan untuk agama maka
ganjaran dan kelebihannya kita akan dapat kekal sehingga ke akhirat.
beruntungnya orang yang selalu niatkan amalnya
untuk agama dan di beri taufik untuk buat perkara yang baik dan bermanfaat..
jom betulkan niat kita..(n_n)
Sekian..= )