Friday, November 30, 2012

sunnah berterusan

Assalamualaikum..

“zaki, kau bela lah janggut,sunnah..dapat pahala sepanjang masa.waktu tidur pun dapat pahala”
kata-kata dari seorang kawan kepada saya. Memebela janggut..Sunnah yang berterusan tak perlukan tenaga dan duit pun untuk mengamalkannya.



1. "Abdullah bin Umar berkata telah bersabda Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam:"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu." (H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi)

2. Dari Abi Umamah bahawa telah bersabda Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam: "Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab." (Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani


Pendapat ulama berkaitan perkara ini:
1-      Maliki dan Hanbali :           Haram mencukur janggut.
2-     Hanafi                        :           Makruh tahrim. Yang sunat dilakukan untuk janggut
ialah dibiarkan sepanjang satu cekak. Adapun membuang sehingga tinggal kurang daripada itu ataupun keseluruhannya adalah tidak harus.
3-     Syafie                         :           Mencukur janggut adalah makruh.


Niatkan memelihara janggut kerana ingin mengamalkan sunnah Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah Ta’ala ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

Kita sering kali dengar Pengertian Sunnah = Buat dapat pahala, tak buat takpe..

Jom kita tukar kepada 

Pengertian Sunnah yang lebih tepat Sunnah/sunat = Buat untung, tak buat rugi..


Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalamyang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)


untuk keterangan lanjut cuba tengok SINI

alhamdulillah..dapat juga bergambar dengan saudara Sham Kamikaze.cuba cari apakah persamaan antara kami berdua
 


Sekian.. = )


Saturday, November 24, 2012

apa ada bulan muharam?



Assalamualaikum..

Walaupun sudah terlambat nak kongsi tetapi saya harap dapatlah bagi info tambahan buat kita pada masa akan datang pula. In shaa allah..

Pagi-pagi lagi mak sudah bising minta saya carikan artikel untuk bulan muharam untuk di cerita untuk anak murid dia. Jadi, inilah antara hasil pencarian yang saya dapat dan ingin saya kongsikan.

 Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.

Tetapi, peristiwa hijrah Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.bukan berlaku dalam bulan Muharram. Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.

 Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)
Hadis lain yang menunjukkan kelebihan bulan Muharam ialah yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.bersabda maksudnya: “Puasa paling afdal selepas bulan Ramadan ialah bulan Allah yang dimuliakan (Muharam). Dan solat paling afdal selepas fardu ialah solat malam.”

Antara peristiwa penting itu ialah Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. serta kaumnya daripada ancaman Firaun yang zalim, manakala Firaun serta pengikutnya mati lemas dalam keadaan yang hina.



Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan, apabila Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.berhijrah ke Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ke-10 Muharam. Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.bertanya mengapa mereka berpuasa pada hari tersebut. Mereka menjawab, “10 Muharam adalah hari berlakunya peristiwa besar di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya serta melemaskan Firaun dan pengikutnya. Musa telah berpuasa pada hari ini (10 Muharam) sebagai tanda bersyukur, maka kami pun ikut berpuasa.” 

Mendengar jawapan itu, Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.bersabda (maksudnya): “Maka kita (umat Islam) lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kamu (orang Yahudi).” Ibnu ‘Abbas menambah, maka Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.berpuasa dan menyuruh umat Islam berpuasa.” 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah hadis yang sama dengan menambah: “Hari itu (10 Muharam) juga merupakan hari mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judi. Maka Nuh berpuasa sebagai tanda syukur.”

Kelebihan puasa hari ‘Asyura (hari ke-10 Muharam) 

Daripada Abi Qatadah r.a., seorang lelaki bertanya Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.mengenai puasa hari ‘Asyura. Baginda s.a.w. menjawab (maksudnya): “Sesungguhnya aku mengharapkan Allah akan menghapuskan dosa satu tahun yang sebelumnya.” 

(Sahih Muslim)

Daripada ar-Rabi’ binti Mu’awwiz , Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.menghantar utusan ke kampung-kampung orang Ansar di sekitar Madinah supaya menyampaikan pesanannya: “Sesiapa yang bangun pagi dengan niat berpuasa pada hari ini (10 Muharam), hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Dan sesiapa yang bangun pagi tidak berpuasa, maka teruskanlah.” Ar-Rabi’ berkata: “Selepas itu kami sentiasa berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh anak-anak kecil kami berpuasa. Kami membawa mereka ke masjid dengan membawa bersama permainan daripada bulu. Apabila mereka menangis meminta makanan, kami beri mereka permainan untuk melekakan mereka sehinggalah tiba waktu berbuka.” 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cara berpuasa ‘Asyura:






Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-

1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasul-Nya Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini ialah:
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
p/s: semalam siap paksa kawan lagi puasa semalam dengan hari ini.

Sekian..= )

Wednesday, November 21, 2012

huh!



Assalamualaikum..

Merajuk?



Ini adalah salah satu penyakit  yang susah saya nak layan. Orang kadang-kadang merajuk lepas tu nak suruh pujuk. Fuh, kalau senang tak apalah juga. Kalau dapat yang mengada-ngada pening kepala nak mikirkan cara nak pujuk macam-macam skill perlu di buat supaya orang yang merajuk ni normal balik.

Dalam keluarga saya  kalau merajuk ke jangan haraplah nak ada yang pujuk yang bersungguh-sungguh, “kau merajuk siapa suruh,pandai-pandai la pujuk hati sendiri”. mungkin sebab inilah kami adik beradik jarang nak merajuk kea pa sebab dah tahu tak ada orang  nak layan.=.=



Tapi,(ada tapi juga tu)..kalau ada orang pujuk pun best gak kan? Ah, zaki..jangan nak berangan lebih-lebih.hehe

Tak ada, saya tadi duk melayan tengok video di youtube tibe jumpa satu video ni. sempat je kan?hehe. pensyarah pemantau saya dah datang tengok saya 19/11/2011 jadi tak adalah la tertekan sangat nak siapkan log book lah,attendance lagi serabut jadinya.sekarang ni sudah boleh relax sikit.



 adik pujuk abang..

sekian..= )