Assalamualaikum..
Ketika di masjid
mata saya tertumpu kepada seorang insan yang sangat saya kenal sayu tengok
melihatnya sudah susut badannya uzur agaknya itulah Tuk Mat yang ada menghantar
cucunya mengngaji dengan mak di rumah. Dari tubuhnya yang berisi turun mendadak
menjadi begitu kurus dan mukanya telah pun cengkung.
Teringat pada
Nyai yang sudah meninggalkan kami setahun lepas. Hari inilah genap setahun Nyai
meninggalkan kami pada 2.30pagi bersamaan 7 Ramadhan 1432. Alhamdulillah, Abah
kata saya beruntung kerana dalam ramai-ramai cucu Nyai sayalah satu-satunya
yang di berpeluang dan berkesempatan melihat sendiri detik sakaratul maut saat
malaikat maut Izrail mencabut nyawa Nyai.
Sepanjang hayat
Nyai dia tak pernah kedekut,pemurah orangnya bila raya dia akan bagi saya duit
raya extra kerana tahu saya agak rajin berpuasa. Selain itu ingatan Nyai
tersangatlah kuat mengalahkan kami yang lebih muda darinya sampaikan jalan di
KL yang penuh sesak pun Nyai boleh ingat.
Tetapi kuasa Allah, semakin uzur semakin
kurang ingatan Nyai hinggakan anak-cucunya pun dia sudah tak mampu nak ingat. Pernah
saya ziarah Nyai ketika dalam hayatnya Nyai Tanya pada “kau ni sapa namanya?” “ni
zaki Nyai” dan ada lagi rangkai soalan
yang di Tanya yang nyata dia tidak tahu bahawa saya ini adalah cucunya.= (
Moga Allah
mencucuri Roh Nyai dan menempatkan Nyai bersama-sama orang yang beriman insya
allah.
Di sini saya juga mohon maaf buat mereka-mereka yang terlibat dengan “tragedy”
tahun lepas. Saya mohon maaf sangat-sangat dengan apa yang telah buat ketika
itu. Nyata Qudrat dan Iradat Allah telah menentukan segalanya dan tiada siapa
mampu menghalangnya walaupun perkara itu tidak kita jangka sekalipun.
Sejak “tragedy”
itu,betapa banyaknya Anugerah yang Allah
telah bagi pada saya yang saya langsung tak pandang ianya sebagai satu nikmat
yang sangat-sangat berharga dan hanya itulah satu-satunya yang saya ada. Maaf saya
tidak sanggup lagi sia-siakan nikmat yang telah Allah telah bagi pada saya dan
hanya doa sahaja dapat saya panjatkan supaya keputusan yang saya buat ini
adalah keputusan yang tepat walaupun Nampak ia hanya menyebelahi sebelah pihak
sahaja.
Saya sedar walaupun saya memohon maaf sekali pun ianya
tidak akan dapat mengubah atau membetulkan keadaan tetapi saya harap sangat
dengan ucapan maaf saya ini dapat meredakan hati-hati yang masih tidak menerima
apa yang terjadi dengan “tragedy” itu.
ciuman terakhir dari seorang anak untuk mak yang tercinta. |
p/s : semoga dapat berpegang janji ya masing-masing..
Sekian..= (